Hello hello!
Ingat tak dalam post yang lepas, Syana ada cakap 3 recipe yang kira paling lepaslah untuk Syana masak.
Haritu Syana masak Mee Goreng Basah, harini satu lagi masakan berkonsepkan mee juga. Tapi kita gunakan Fettuccine.
Bagi sesiapa yang tidak tahu, Fettuccine ni bermaksud "Little Ribbon" dalam bahasa Itali dan ianya merupakan salah satu pasta yang popular dalam masakan jenis Roman Cuisine.
Bagi sesiapa yang inginkan Fettuccine yang fresh, bolehlah buat sendiri. Senang je, anggaran 1 biji telur dengan 100g tepung.
Selalunya, kita gunakan Fettuccine ni untuk masak Alfredo. Mesti korang pernah dengar atau makan kan?
Mungkinkah Syana nak masak Fettuccine Alfredo? Jawapannya.....
TIDAK!
Harini, menu kita adalah - Pasta Seafood Aglio Olio.
Okay, sebelum Syana mulakan bahan-bahan yang Syana sebutkan nanti ialah bahan-bahan yang Syana baru sahaja gunakan sebentar tadi. Al maklumlah, mama tak ada nak pergi Carrefour.
So, let's get started!
Bahan-bahan :
- Fettuccine (sepatutnya kita gunakan Spaghetti biasa tapi sebab hanya Fettuccine saja yang ada di rumah, kita gunakan saje)
- Olive oil
- Bawang
- Serbuk Cili (Bagi mengikut selera orang kita - PEDAS)
- Isi ayam
- Udang (Boleh juga gunakan kupang, sotong, fillet fish atau apa-apa seafood yang anda suka)
- Fish ball
- Fish cake
- Parsley
- Oregano
- Garam
Cara-caranya sangat mudah.
1) Rebuskan Fettuccine itu sehingga masak kemudian angkat rebusan tadi. (Simpan sedikit air rebusan tadi ke dalam mangkuk berasingan untuk dijadikan perasa ketika menumis)
2) Panaskan kuali, letakkan sedikit olive oil.
3) Tumiskan bawang sehingga naik bau.
4) Masukkan isi ayam, udang, fish cake dan fish ball.
5) Letak sedikit garam, di ikuti dengan oregano serta sedikit parsley.
6) Letakkan sedikit air rebusan tadi supaya isi ayam, udang, fish cake serta fish ball dapat di masak dengan sempurna (macam Syana tau je maknanya tu. Haha!)
7) Masukkan Fettuccine yang telah direbuskan tadi dan kacau. (Bila nak kena kacau pun nak bagitau ke?)
8) Taburkan serbuk cili kalau nak pedas dan taburkan lagi parsley kalau korang suka rasa parsley tu.
9) Kalau agak-agak terlampau kering, tambahlah lagi sikit air rebusan tadi. Lepas tu rasa apa yang kurang.
10) And, it's ready to eat!

Syana masak sikit je, untuk skali makan. Haha. Ini lah hasilnya.
Dan ini pula sesudah makan. Opps! Lapar, sorry.

Kesianlah kat kakak. Meh la tinggalkan sikit kat dia. Haha!
Kan dah cakap, masak sikit je. Share sorang sikitlah.
Okay, kalau korang ada capsicum pun boleh di masukkan dalam masakan ni. Barulah berwarna warni hidangan korangkan? Boleh masukkan selepas di masukkan fettuccine tadi. Potonglah dadu ke panjang-panjang ke. Ikut suka.
Tips kalau korang masak ni untuk mak mertua (Tips hiasan sebenarnya) :
* Angkat Fettuccine dulu masukkan dalam pinggan. Lepas tu baru susun your seafood kat atas.
* Boleh tabur lagi Parsley kalau nak.
* Potong la cili bentuk bunga ke bagi cantik.
* Kalau nak tabur cheese pun boleh bagi penggemar cheese.
* Pastikan Fettuccine korang tak terlalu kering dan tak terlalu basah/berkuah. Barulah menarik.
Mudahkan? Bagi Syana masakan ni teramat mudah untuk dimasak.
Lebih-lebih lagi bagi students yang takde budget nak makan luar tiap-tiap hari, career women yang busy bekerja tapi balik rumah still nak masak untuk family.
Kan sweet kan. Asyik makan luar tak best juga. Sekali sekala masak buat insan tercinta apasalahnya.
Anyway, selamat mencuba!
-------
Everyone can cook - Ratatouille
Post ini di transfer dari my main blog.

No comments:
Post a Comment