Haha, rajin pulak Syana menulis harini kan? Well guys, I am the chef of my life. Mendalam maknanya tu..
Actually, Syana baru sahaja selesai masak merangkap dinner teruslah untuk nenda tersayang. Menu hari ini, Mee Goreng Basah.
Menunya simple, budak kecil pun tau nak masak. Melainkan dia tak reti buka dapur gas ataupun tak sampai nak tengok kuali.
*Thank God I sampai. Al maklumlah, kurang ketinggian..*
So before this dah banyak kali masak mee goreng ni tapi tak pernah perfect. Mesti ada kurang sos lah, kurang garam lah, masin lah. Kali ni, Alhamdulillah..
"Oh please.. It's just MEE GORENG BASAH!"
Haha, at least tau masak. Daripada orang-orang yang tak masak langsung. Lepaslah kalau tinggal sendirian nanti. Hari-hari makan makanan kedai pun tak sedap juga.
So, ini bahan-bahan yang diperlukan.
- bawang merah
- bawang putih
- cili
- belacan
- tomato sos
- oyster sos
- kicap manis
- udang
- isi ayam
- sayur bayam
- fish cake
- fish ball
Quantity? Hentam sajaaaa! Ikut kesukaan korang. So how to cook?
1) Masukkan minyak ke dalam kuali yang agak-agak panas. Syana tak suka kuali terlampau panas sebab nanti bila masukkan bawang meletup-letup dia. Haha!
2) Masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis sehingga kekuning-kuningan.
3) Tumiskan cili yang telah di blend serta masukkan sedikit belacan mengikut kesesuaian tahap kepedasan. Kalau nak masukkan cili padi pun, apa salahnya.
4) Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil serta udang yang telah di siang kulitnya ke dalam kuali.
5) Campurkan oyster sauce, tomato sauce serta lada hitam dan kacau sehingga rata. Kalau tawar, tambahkan sedikit garam. Syana tak makan garam sebab oyster sauce dah masin.
6) Tambah air, tunggu sehingga mendidih bagi memastikan mee kita ada kuah.
7) Masukkan fish cake dan fish ball sebelum mencampurkan mee tadi ke dalam kuali dan masukkan sayur bayam.
8) Rasa kembali. Agak-agak kurang sos tambah sos. Kurang garam, tambah garam. Kurang air, tambah air.
9) And... Walla! Mee Goreng Basah siap untuk di makan.
Macam ni la rupa mee gorengnya. Sebab nenda teramat lapar, so buruk sikit kuali tu. Haha!

Nak tau recipe untuk dua lagi masakan? Sabar, tunggu!
-----
Everyone can cook - Ratatouille
Post ini di transfer dari my main blog.
No comments:
Post a Comment